Tuesday, June 28, 2011

Mengurus Risiko Keselamatan Diri



 Pengurusan risiko ialah segala tindakan untuk menjauhkan kita ditimpa musibah harta benda, nyawa dan kecederaan.  Dalam al-Quran yang bermaksud “…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” (Al-Baqarah, ayat 195). 

Monday, June 20, 2011

Mengurangkan Impak Kemalangan


Kita biasa mendengar ibu bapa meninggal dalam kemalangan dan anak menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. 

Kemalangan memberi kesan buruk kepada kita, isteri dan anak-anak. 

Akibat kemalangan ialah kematian, cedera parah atau cacat kekal.  Kita tidak dapat mengelak menggunakan jalan raya.  Risiko terlibat dalam kemalangan sentiasa menghantui kita. Statistik kemalangan jalan raya mencemaskan kita khasnya pada musim perayaan.

Sunday, June 19, 2011

Kemalangan Kanak-Kanak


Anak-anak kita sinonim dengan kemalangan. 

Daripada anak 3 tahun yang sesak nafas kerana tertinggal di dalam kereta, anak 3 tahun dilarikan penjenayah dalam kereta yang ditinggalkan sementara dengan enjin dibuka, bayi 16 bulan meninggal dunia setelah terkena air panas, bayi 2 bulan mati tersedak susu ibu, budak 2 tahun lemas dalam mangkuk tandas, budak 5 tahun mati tersepit besi kaki meja lipat, bayi 10 bulan mati tercekik buah langsat sehingga anak kecil mati dianggar kenderaan yang diundur saudara di laman rumah sentiasa menjadi ingauan masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...