Sunday, June 19, 2011

Kemalangan Kanak-Kanak


Anak-anak kita sinonim dengan kemalangan. 

Daripada anak 3 tahun yang sesak nafas kerana tertinggal di dalam kereta, anak 3 tahun dilarikan penjenayah dalam kereta yang ditinggalkan sementara dengan enjin dibuka, bayi 16 bulan meninggal dunia setelah terkena air panas, bayi 2 bulan mati tersedak susu ibu, budak 2 tahun lemas dalam mangkuk tandas, budak 5 tahun mati tersepit besi kaki meja lipat, bayi 10 bulan mati tercekik buah langsat sehingga anak kecil mati dianggar kenderaan yang diundur saudara di laman rumah sentiasa menjadi ingauan masyarakat.

Persoalan yang timbul, jika seorang dewasa berada di saat-saat kecemasan yang boleh meragut nyawa, sudah tentu mereka melompat segera menyelamatkan diri. Tetapi apakah daya seorang anak kecil? Secara praktikalnya, perlindungan dan keselamatan mereka terletak semata-mata di tangan golongan dewasa khasnya ibu bapa.

Masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan maklumat pengurusan risiko yang baik serta tahap keprihatinan tinggi terhadap keselamatan anak-anak kecil.

Umat Islam diingatkan agar memelihara keselamatan anak dan ahli keluarga mereka. Hadis nabi SAW seperti diriwayat imam Bukhari menegaskan golongan dewasa dan ibu bapa termasuk dalam kalangan orang bertanggungjawab terhadap orang di bawah penjagaan mereka.

Golongan dewasa dan ibu bapa boleh menggunakan pelbagai kaedah dalam mengurus risiko keselamatan kanak-kanak mengikut pelbagai situasi. Maklumat untuk mencegah kemalangan dapat dilihat dari pelbagai sumber samada pakar individu, agensi kerajaan dan NGO berkaitan.

Dalam zaman kecanggihan teknologi maklumat memudahkan masyarakat mencari dan menambahkan lagi pengetahuan tentang panduan keselamatan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Dengan maklumat yang betul, mereka dapat bertindak sewajarnya hingga boleh mengelakkan kemalangan.

Di samping itu, ibu bapa boleh mengambil perlindungan takaful untuk anak-anak. Dengan perlindungan takaful kemalangan umpamanya, ia menyediakan dana sehingga ada yang mencecah puluhan ribu ringgit untuk membiayai kos rawatan kemalangan.



Ringkasan artikel: Mengurus Risiko Kemalangan Kanak-Kanak



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...